Good Boss, Better Boss: (Edisi Bahasa Melayu) Model Kepimpinan Praktikal untuk Kejayaan Pasca-COVID

Good Boss, Better Boss: (Edisi Bahasa Melayu) Model Kepimpinan Praktikal untuk Kejayaan Pasca-COVID

Good Boss, Better Boss: (Edisi Bahasa Melayu) Model Kepimpinan Praktikal untuk Kejayaan Pasca-COVID

Good Boss, Better Boss: (Edisi Bahasa Melayu) Model Kepimpinan Praktikal untuk Kejayaan Pasca-COVID

eBook

$7.99  $8.99 Save 11% Current price is $7.99, Original price is $8.99. You Save 11%.

Available on Compatible NOOK devices, the free NOOK App and in My Digital Library.
WANT A NOOK?  Explore Now

Related collections and offers


Overview

Model-model kepimpinan dan pengurusan praktikal beserta tip, contoh dan kisah berkaitan cara untuk memimpin pasukan yang mempunyai kepelbagaian dan personaliti yang berbeza di dalam buku ini akan membantu anda mencapai hasil yang lebih baik dan menjadi seorang bos yang lebih baik dalam era pasca COVID masa kini. Buku ini ditujukan kepada sesiapa sahaja yang memimpin orang lain sama ada di dalam organisasi, kerajaan, tentera, NGO atau perniagaan. Sekiranya anda memiliki ahli pasukan yang bekerja secara jarak jauh, anda mungkin akan menyukai model ACCT dan R.E.M.O.T.E yang terdapat di dalam buku ini.

Pengarang merupakan seorang warga Amerika Syarikat yang telah menetap di Malaysia sejak tahun 1995. Buku ini menumpukan kepada cara untuk membantu anda berjaya melalui pekerja dan proses kerja anda. Nilai anda dalam organisasi ditentukan oleh jumlah kemahiran, pengetahuan, sikap, tingkah laku, hasil dan hubungan anda dalam organisasi. Menjadi seorang 'better boss' atau bos yang lebih baik akan meningkatkan nilai anda dalam organisasi. Seorang bos merupakan seseorang yang mempunyai kuasa dan bagaimana anda menggunakan kuasa tersebut menentukan tahap kejayaan anda. Pengarang yang pernah menetap dan mengembara di lebih 40 buah negara akan berkongsi pengalaman-pengalaman beliau dari negara Timur dan Barat untuk membantu anda menjadi seorang bos yang lebih baik. Beliau percaya bahawa kepimpinan yang baik merangkumi dua ciri-ciri penting: Keberanian dan Etika. Sama ada anda memilikinya sekarang ataupun tidak.

Bahagian-bahagian penting di dalam buku ini termasuklah cara memimpin pasukan yang mempunyai kepelbagaian dan personaliti yang berbeza, komunikasi dalam pasukan, cara mewujudkan persekitaran kerja yang bermotivasi, kemahiran penyampaian, cara menguruskan pekerja berprestasi tinggi dan rendah, cara membimbing pasukan menggunakan model 'Rumah', cara menarik perhatian VIP (bos, ahli lembaga pengarah, pelabur, pelanggan), kemahiran membuat keputusan, cara menangani konflik, cara membina hubungan (networking) dan cara menjadi lebih berjaya pada masa hadapan. Buku ini mengandungi banyak model-model berguna dan mudah untuk membantu anda menjadi seorang 'better boss'.


Product Details

ISBN-13: 9789671983126
Publisher: Steven Francis Coyle
Publication date: 11/11/2021
Sold by: Barnes & Noble
Format: eBook
Pages: 258
File size: 1 MB
Language: Malay

About the Author

Steve merupakan seorang warga Amerika Syarikat yang telah menetap di Malaysia sejak tahun 1995. Beliau merupakan Managing Consultant ServiceWinners International Sdn Bhd (www.servicewinners.com), iaitu sebuah syarikat perundingan dan latihan. Beliau dan pasukannya berkhidmat di rantau Asia Pasifik dan banyak lagi. Berpengalaman dalam bidang perbankan dan telekomunikasi, beliau kerap berkongsi idea-idea dan teknik-teknik dari negara Barat dan Timur. Karya terbarunya, 'Good Boss, Better Boss' telah dihasilkan dengan matlamat untuk mengubah dunia dengan melahirkan seorang demi seorang bos yang lebih baik.
Siti is a professional translator. She's a fluent speaker and writer in English and Malay.

Table of Contents

ISI KANDUNGAN


Pengenalan


Bab 1: Apakah Maksud Sebenar Kepimpinan?

1. Keberanian, 2. Etika.

 

Bab 2: Siapa Anda? Siapa Mereka?

               Psikometrik Burung, Menyelia Pekerja Dengan Personaliti dan Etnik Yang Berbeza


Bab 3: Membangunkan Sistem dan Proses Yang Betul

              Hasil = Proses X Sumber, Nilai, Ia Bukan Budaya, Jangan Hanya Fokus Kepada Pasukan Anda, Menyelia Dengan Adil, Mendapatkan Penumpang Bas Yang Betul, Memilih Pekerja Anda Dengan Bijak, Menemuduga, Menyemak Kesahihan, Proses Onboarding, Proses Latihan, Kepentingan HR Pasca-COVID, Model Prestasi RACE.


Bab 4: Komunikasi dengan Pasukan, Rakan Sekerja, Bos dan Pengurusan Kanan

               Model ACCT Untuk Komunikasi, Mengembangkan Kemahiran Berfikir Pasukan Anda, Komunikasi Dengan Pasukan Anda Sebagai Satu Kumpulan, Komunikasi Dengan Rakan Sekerja, Komunikasi Dengan Bos, Teknik USS: Cara Menyampaikan 'Berita Buruk', Komunikasi Dengan Pengurusan Kanan, Komunikasi Bertulis Dengan Pengurusan Kanan, Model Pembentangan : PPR, Fokus Kepada Mata dan Telinga Mereka, Bagaimana Mengelakkan Pensabotaj?, 9 Teknik Menjawab Soalan dan Pernyataan Yang Sukar, Kemahiran Mempengaruhi Orang Lain, Faktor-Faktor Mempengaruhi Orang Lain Menurut Bacon dan Cialdini. 


Bab 5: Menguruskan Pekerja

               Menguruskan Pekerja Yang Berprestasi Tinggi ('Bintang'), Menguruskan Pekerja Yang Berprestasi Sederhana ('Steady'), Menguruskan Pekerja Yang Berprestasi Rendah ('Pemalas'), 'Klinik Gigi', Menguruskan Pekerja Berdasarkan Kekuatan Mereka: Prinsip Ketam Rebab, Kesan COVID-19 Kepada Pengurusan Pekerja Dengan Tahap Prestasi Yang Berbeza, Pengurusan Dalam Konteks Kepelbagaian Budaya, Alat Bantu Pengurusan REMOTE, Memotivasikan Pasukan, Faktor Teras Dalam Persekitaran Kerja Yang Bermotivasi, 16 Cara Mewujudkan Persekitaran Kerja Yang Bermotivasi. 


Bab 6: Membimbing

               Nilai-nilai Kejurulatihan Saya, Model Rumah Kejurulatihan, Teknik EDP, Teknik Push & Pull, Menangani Konflik Menggunakan SLAC, Ayat Untuk Menamatkan Sesi Bimbingan Jika Tidak Mencapai Persetujuan, Tip Akhir Berkaitan Bimbingan

 

Bab 7: Menangani Masalah

               Membuat Keputusan, Kaedah Membuat Keputusan Melalui Dua Lensa, Contoh-Contoh Masalah Operasi, Masalah Cuti Sakit, Masalah Bajet, Masalah Waktu Solat, Ahli Pasukan Mengadu Tentang Satu Sama Lain, Aduan Tentang Rasisme / Seksisme / Gangguan Seksual, Aduan Daripada Keluarga, Masalah Peribadi Ahli Pasukan, Ahli Pasukan Mengadu Tentang Bos Mereka, Aduan Tentang Bekerja Secara Jarak Jauh, Aduan Pelanggan: Teknik AUSE, Perkara Akhir Tentang Menangani Kemarahan, Memecat Pekerja Yang Berprestasi Rendah, Pemberhentian Pekerja, Bekerja Dengan Bos Yang Teruk.


Bab 8: Persediaan untuk Fasa Seterusnya

              Lompat Kerja, 9 Cara Untuk Meningkatkan Nilai Anda Dalam Organisasi (dan Industri)

 

Bab 9: 7 Soalan Penyeliaan Yang Biasa Ditanya Berserta Jawapan 13 Sikap "Good Boss, Better Boss"20 Sikap "Bad Boss"Epilog: Pengajaran Dari ShackletonTentang PenulisMaklumat Perhubungan
From the B&N Reads Blog

Customer Reviews